Selamat datang ke Laman Web rasmi Kolam Pancing Bai-World. Kolam Pancing Bai-World merupakan sebuah
kolam pancing ikan air tawar milik bumiputra. Kolam pancing ini beroperasi sejak dua tahun yang lalu hingga kini masih
meneruskan operasinya walaupun banyak laluan yang sukar perlu dihadapi. Kolam pancing Bai-World kini, mampu menganjurkan
beberapa siri pertandingan yang agak hebat sejak-sejak ini. Selain itu, anjuran pertandingan dari syarikat swasta juga turut
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Kolam Pancing Bai-World di persada ini.
Oleh itu, pihak kolam pancing amat mengalu-alukan kehadiran pemancing-pemancing ke kolam kami ini.
Kolam pancing kami sentiasa menerima kehadiran anda bukan saja di negeri Selangor tetapi di seluruh pelusuk dunia..
TERKINI : 3 siri pertandingan mencari duit raya di Kolam Pancing Bai-World. Hadiah menarik disediakan dengan siri pertama RM2000 kedua RM3000 dan ketiga RM4000 untuk hadiah pertamannya. Manakala ikan bonusnya ialah RM1000 untuk albino , patin 15kg rm1000 dan tongsan 15kg juga rm1000.
Semua jenis ikan dipertandingkan. Tarikh pertandingan bermula pada ,
28.08.2009 (JUMAAT)
04.09.2009 (JUMAAT)
11.09.2009 (JUMAAT)
Masih dalam pembaikpulih dan akan diupdate dalam sedikit masa lagi